Saturday 23 April 2011

Hari Ulang tahun kelahiran 2011

Salam semua,

Terima kasih di atas ucapan yang diberi....tetapi hari ulangtahun kelahiranku 2011 ini sungguh berlainan dari tahun tahun yang lalu...Di awal pagi...aku keseorangan ke Banting menziarahi kematian suami kepada kakak sepupuku...20 tahun dahulu allahyarham lah yang telah membawaku berhari raya yang ketika itu adalah tahun pertama aku berhari raya tanpa emak dan abah...jauh di perantauan....teringat senyumannya dan kakak sepupuku... Sedih menyelubungi seisi keluarga..

Kerana dah 20 tahun tidak ke rumahnya, aku telah sesat hingga ke Sungai Buaya Banting..dan aku tidak sempat melihat jenazah...Paling memilukan apabila ibu allahyarham yang telah berusia masih mengingati diri ini walaupun 20 tahun telah berlalu... Ku tunggu kakak sepupuku pulang dari pusara ...melihat dirinya longlai berjalan...berlinangan air mata ini dan memeluknya... Seorang isteri yang sentiasa bergantung harap pada sang suami....sungguh kasihan...Ku tinggalkan rumah itu dengan bersalaman dengan semua sepupuku...Sesungguhnya ajal maut di tangan Allah...hanya Dia yang maha mengetahui bila kita akan dijemput...Kita tak tahu mungin ini kali terakhir aku merasa hari ulangtahun..tak siapa yang tahu...

Petang ini aku menelefon emakku...memberitahu hari ini adalah hari kelahiranku...dan mengucapkan terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan aku...Terdengar suara emak yang sebak dengan perlahan menjawab " sama-sama"....dan emak menangis...dan terus aku mengalih cerita pengalaman ke Banting...
Itulah hati seorang ibu...hargailah ibu ketika hayatnya...Jika diberi peluang ingin sekali aku mengucapkan terima kasih ini pada abah pada hari ulangtahunku...dan ianya tidak mungkin akan berlaku...kerana  abah telah pergi buat selama lamanya...
Buat suamiku...buat anak anakku terimakasih di atas ucapan...